Sinopsis: Sejarah hitam sebagai bohsia dalam diari hidup
Amy akhirnya telah membuka pintu hatinya untuk bertaubat. Dia melangkah kaki ke
sebuah pusat pemulihan yang membantu gadis-gadis terlanjur dalam mengubah nasib
hidup dan menjadikan Islam sebagai panduan serta jalan hidup baru. Berbeza pula
dengan nasib nasib, Tasha semakin hanyut menjalani kehidupan sebagai seorang
bosia yang dikawal ketat oleh Acai. Ibunya kesal dengan pilihan anaknya lalu
meminta bantuan Muz untuk mengeluarkannya dari lembah yang hina. Seperti Amy,
Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dalam kehidupan yang
pernah mensia-siakan dirinya. Dia turut bersimpati dengan kesedihan ibu Tasha
lalu berjanji untuk mengembalikan Tasha ke pangkuan ibunya. Walaupun Muz tahu
bahawa Tasha enggan berubah namun dia tidak akan berhenti berusaha untuk
membawa Tasha ke jalan kembali…. “Raja” kumpulan Mat Rempit, Acai kian rakus
dengan aktiviti songsangnya dengan Tasha disisinya. Dalam masa yang sama dia
meneruskan niat jahatnya menjejaki Amy untuk menjerumuskannya kembali ke lembah
hina. Jika menerusi filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam… kisah realiti anak
muda yang terbiar menjadi tunggak penceritaan maka, kali ini Jalan Kembali….
menyelongkar segala onak dan duri kehidupan golongan remaja songsang disamping
menerapkan pendekatan positif kepada golongan ini yang sebenarnya mampu
dijinakkan dan wajar mendapat sokongan masyarakat. Mampukah Muz dan Amy
mengatasi rintangan yang sering menjadi konflik penghijrahan hidup mereka.
bagaimanakah kesudahan hidup Tasha? Adakah Acai akan terus menjerumuskan
gadis-gadis yang lemah pegangan agama?
screenshot..
download hulkshare: part 1- http://adf.ly/Akp66 part 2- http://adf.ly/Akp8l
No comments:
Post a Comment